Cerita Orang Gila
Wednesday, June 14, 2006
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yangterdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. SiHanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baiktak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka. Keesokkan hari! nye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialahberita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai di dalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
[ back home ]
Comments for Cerita Orang Gila
